Hutang: Gagal kesan anak, ah long ugut bapa - Utusan Malaysia

Hutang: Gagal kesan anak, ah long ugut bapa

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang mekanik di sini resah apabila diugut ah long yang mahu membakar rumahnya disebabkan hutang anak lelakinya berjumlah RM18,000.

Ketika kejadian semalam, isteri kepada lelaki berusia 48 tahun itu menjumpai notis tuntut hutang  di dalam peti surat di rumah mereka sebelum dihubungi suspek.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, ah long berkenaan mencari mangsa selepas mereka gagal mencari anak lelakinya yang berusia 20 tahun.

“Ah long  memaklumkan anak lelaki mekanik itu berhutang RM1,000 tetapi meminta bayaran balik  RM6,000.

“Jumlah bayaran balik naik berlipat ganda menjadi RM18,000 jika gagal diselesaikan dalam tempoh sejam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Menurut beliau, ah long itu  mengugut mahu menyimbah cat atau membakar rumah jika bayaran balik tidak diselesaikan dalam tempoh diberikan.

“Ah long juga didakwa memberitahu mangsa bahwa mereka  tidak bertanggungjawab jika terjadi apa-apa kepada anaknya kerana  tidak bayar hutang,” katanya. 

Bimbang dengan ugutan itu, mangsa membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) dan kes disiasat mengikut Seksyen 29B (1) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya