Harga barangan basah di kawasan Temco terkawal - Utusan Malaysia

Harga barangan basah di kawasan Temco terkawal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Harga barangan basah yang dijual di Pasar Segar di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) Zon Melor, Ambangan Heights, Amanjaya di sini masih terkawal.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa Daerah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Sungai Petani, Mazlan Safar berkata, hasil pemeriksaan mendapati 11 gerai yang menjual barangan basah seperti ikan, ayam, sayur-sayuran dan buah-buahan mengikut harga kawalan.

“Harga barangan yang dijual di pasar segar itu berpatutan dan bekalan barangan tersebut mencukupi,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pelbagai jenis ikan dijual pada harga yang rendah iaitu bermula dari RM10 sehingga RM38 bagi setiap kilogram.

Katanya, antara ikan yang terdapat di Pasar Segar itu adalah selayang, cencaru, siakap dan jenahak.

Sementara itu, tambahnya, ayam segar dan ayam beku dijual pada harga RM8.50 sekilogram dan RM10 seekor.

“Daging import (sejuk beku) dan daging tempatan dijual masing-masing pada harga RM20 sekilogram dan RM34 sekilogram,” ujarnya.

Selain itu, katanya, pelbagai jenis sayur-sayuran dan buah-buahan juga turut dijual pada harga yang rendah.

Beliau memberitahu, aktiviti jual beli dijalankan secara pandu lalu serta tempahan awal dilakukan secara dalam talian.

“Kita mengingatkan para peniaga supaya sentiasa mematuhi undang-undang di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya