Hampir 90 peratus bekalan air di Lembah Klang pulih - Utusan Malaysia

Hampir 90 peratus bekalan air di Lembah Klang pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sebanyak 1,156 kawasan daripada 1,292 kawasan di seluruh Lembah Klang pulih bekalan airnya sehingga pukul 6.30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Basri, jumlah tersebut mewakili 89.47 peratus di seluruh Lembah Klang yang sudah mendapat bekalan air di rumah serta premis perniagaan mereka.

“Sehingga pukul 6.30 pagi ini, semua 290 kawasan terlibat di seluruh wilayah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya.

“Namun sebanyak 136 kawasan masih lagi dalam proses pemulihan di empat wilayah iaitu Klang/Shah Alam, Gombak, Petaling dan Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Elina berkata, sebanyak lapan kawasanbelum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai dalam di dalam kawasan kumpulan satu yang sepatutnya pulih pada 12 tengah malam semalam.

“Manakala 54 kawasan yang berada dalam kumpulan dua juga belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam hari ini. Air Selangor sedang mengambil tindakan untuk menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan bekalan air di kawasan ini

“Para pengguna boleh merujuk aplikasi Air Selangor, semua saluran rasmi media sosial Air Selangor dan laman sesawang rasmi Air Selangor untuk mendapatkan maklumat terkini status bekalan air di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya