KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji NOOR mendahului di KERUSI Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman menerusi keputusan tidak rasmi setakat pukul 7.45 malam ini.
Calon Bersatu itu mengumpul undian sebanyak 633 berbanding lawannya dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Aliasgar Basri memperoleh sebanyak 452 undi.
Seorang lagi calon dari Parti Cinta Sabah (PCS), Dato Haji Rekan jauh ketinggalan di kerusi berkenaan.
Jumlah pengundi di kerusi itu adalah seramai 11,711 orang dengan proses pengiraan undi masih berjalan. – UTUSAN ONLINE