PM beri bayangan Hajiji bakal KM Sabah - Utusan Malaysia

PM beri bayangan Hajiji bakal KM Sabah

HAJIJI NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

(ARTIKEL DIKEMAS KINI)

KOTA KINABALU: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah, Datuk Hajiji Noor dilantik sebagai calon Ketua Menteri Sabah jika Gabungan Rakyat Sabah berjaya menawan Negeri Di Bawah Bayu daripada Parti Warisan atau gabungan Warisan Plus.

Berucap di pekarangan Ibu Pejabat Bersatu Tuaran di sini pagi ini untuk memberi semangat kepada Hajiji yang mengemukakan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Perdana Menteri berkata, jentera parti mesti bekerja kuat bagi membantu kemenangan calon gabungan berkenaan.

Bagaimanapun kata beliau, perkara itu akan dibawa berbincang dengan rakan-rakan sekutu lain termasuk BN.

“Kita mesti bekerja kuat bantu calon kita. Manalah tahu kalau rakan-rakan kita dalam Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan yang lain pun bersetuju yang terbaik yang kita tawarkan sebagai calon untuk memimpin negeri Sabah, tak lain tak bukan Datuk Seri Hajiji. Saya tidak mahu sambung lagi, kita semua doa dengan izin Allah bahawa selepas selesai pilihan raya, Datuk Seri Hajiji akan terpilih sebagai calon di sini,” katanya.

Hajiji yang turut hadir mengiringi Muhyiddin kemudian bergerak ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Seri Sulaman.

Gabungan Rakyat Sabah diumumkan Perdana Menteri hari ini terdiri daripada BN, komponen PN dan Parti Bersatu Sabah (PBS). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya