Geng Jahan diketuai wanita sasar pejalan kaki, lumpuh - Utusan Malaysia

Geng Jahan diketuai wanita sasar pejalan kaki, lumpuh

NURULHUDA Mohd. Salleh (tiga kanan) menunjukkan barangan yang dirampas daripada Geng Jahan di IPD Klang Utara, Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Memiliki kad Pesuruhjaya Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) tetapi menubuhkan kumpulan samun dengan melakukan jenayah pecah rumah menggunakan senjata.

Kegiatan kumpulan samun didalangi etnik Rohingya yang dikenali ‘Geng Jahan’ itu bagaimanapun tumpas selepas enam ahlinya termasuk tiga wanita berusia 19 tahun hingga 50 tahun ditahan dalam beberapa siri serbuan polis sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, kegiatan geng itu terbongkar hasil penahanan dua suspek di sebuah hotel bajet di sekitar bandar Klang Jumaat lalu.

Beliau berkata, pihaknya kemudian menahan empat lagi etnik Rohingnya di sekitar daerah ini dan Kuala Langat.

“Siasatan mendapati, geng ini aktif di tiga daerah termasuk Kuala Selangor dan Kuala Langat sejak Februari lalu dengan beroperasi pada waktu malam hingga awal pagi.

“Mereka yang memiliki kad UNHCR ini bergerak secara berkumpulan menaiki kereta Perodua Alza dan menjadikan pejalan kaki sebagai sasaran utama,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara di sini hari ini.

Menurut Nurulhuda, siasatan mendapati keenam-enam suspek itu terlibat dalam 45 kes samun dan pecah rumah di empat daerah.

Katanya, polis turut menyerbu sebuah kedai pajak gadai di Telok Panglima Garang, Banting dekat sini dan menahan empat lelaki warga tempatan dipercayai pekerja premis tersebut bagi membantu siasatan.

“Kita percaya ahli Geng Jahan ini menjual hasil samun kepada pekerja kedai pajak gadai tersebut. Dalam siri serbuan ini, kita merampas sebilah parang, barang kemas, jam tangan, telefon bimbit dan pelbagai mata wang asing yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM150,000.

“Kesemua suspek kini ditahan reman selama 14 hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tambahnya, polis sedang memburu empat lagi suspek etnik Rohingnya termasuk dalang utama geng tersebut.

“Ketua kumpulan ini dipercayai wanita dikenali sebagai Norjahan berusia dalam lingkungan 30-an dan tiga lagi suspek iaitu Hussin, 35, Rafiq, 30-an dan Md. Alam, 25,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya