KUALA LUMPUR: Gempa bumi lemah bermagnitud 3.0 dilaporkan berlaku di Lahad Datu, Sabah, malam tadi.
Memetik laporan Bernama, gempa bumi itu terletak 28 kilometer di Timur Lahad Datu pada kedalaman sembilan kilometer.
Gegaran tersebut mungkin dirasai di Lahad Datu termasuk Kunak dan Semporna.
Kejadian itu bagaimanapun tidak memberi ancaman tsunami. – UTUSAN ONLINE