Fatwa mesti diterima positif, teguhkan pegangan ummah - Sultan Nazrin - Utusan Malaysia

Fatwa mesti diterima positif, teguhkan pegangan ummah – Sultan Nazrin

SULTAN NAZRIN MUIZZUDDIN SHAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sultan Nazrin Shah bertitah setiap fatwa yang dikeluarkan mesti diterima secara positif yang berupaya meneguhkan pegangan ummah terhadap Islam dan tidak dianggap berunsur mengongkong serta menekan.

Untuk itu baginda meminta institusi mufti supaya memberi ruang masa perundingan yang cukup dan melakukan perundingan silang termasuk mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak berkepentingan ketika menangani isu baharu.

Sultan Perak itu bertitah, ia demi menjamin fakta dapat dianalisis secara mendalam, komprehensif dan teliti sebelum mengeluarkan fatwa.

“Mengambil ingatan bahawa semakin ramai ummah memiliki pendedahan pendidikan yang lebih terbuka, memiliki daya intelek tinggi, bersifat ingin tahu, berfikiran kritikal, melakukan kajian dan rujukan perbandingan dan tidak mudah memamah dan menerima sesuatu perkara sebelum diyakinkan.

“Kemajuan teknologi komunikasi telah mengubah peranan, sambutan dan penerimaan fatwa dalam masyarakat moden. Dalam era internet, telah muncul banyak laman sesawang mengandungi pelbagai fatwa, yang boleh dirujuk sebagai sumber alternatif dalam kalangan ummah untuk mendapatkan fatwa,” titah baginda ketika merasmikan Multaqa Jawatankuasa Fatwa Seluruh Malaysia di sini, hari ini.

Sultan Nazrin bertitah urusan fatwa tidak berakhir di peringkat mengeluarkan fatwa, sebaliknya mekanisme penghebahan dan penerangan perlu dilaksanakan melalui pelan komunikasi yang berkesan agar sesuatu fatwa dapat difahami, diterima, dihargai dan dihayati. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya