KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melaksanakan segera penambahbaikkan hospital usang dan daif atau berdepan risiko kebakaran yang lebih teruk pada masa depan. Perkara itu ditegaskan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat (Ikatan) Tan Sri Lee Lam Thye yang menyifatkan isu hospital usang sebagai serius dan perlu dititikberatkan Kementerian Kesihatan. Selain itu, katanya, kerajaan perlu menyediakan peruntukan khas bagi memastikan keselamatan pesakit di hospital. “Seperti yang kita tahu ada banyak hospital usang perlu diberi perhatian terutama dalam aspek penyelenggaraan membabitkan pendawaian elektrik,” katanya kepada Utusan Malaysia semalam. Kebakaran membabitkan hospital usang pernah dilaporkan sebelum…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya