Dua termasuk warga Singapura ditahan seludup rokok - Utusan Malaysia

Dua termasuk warga Singapura ditahan seludup rokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang rakyat Singapura, antara dua individu ditahan polis kerana disyaki terlibat menyeludup rokok bernilai RM1.5 juta. 

Pegawai Pemerintah Batalion 5, Pasukan Gerakan Am (PGA), Superintendan Dimin Awang berkata, kedua-dua lelaki berkenaan ditahan di Taman Sutera dan Taman Universiti di sini hari ini. 

Menurut beliau, lelaki warga Singapura berusia 49 tahun ditahan pada pukul 2 petang di Taman Sutera ketika sedang memunggah rokok  ke dalam kereta Proton Exora.

“Lelaki tempatan berusia 31 tahun yang memandu Proton Exora melarikan diri sebelum dikesan di sebuah rumah di Taman Universiti,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Kata beliau, lelaki tempatan itu  patah kaki kiri  terjatuh dari bumbung rumah kerana mengelak daripada ditangkap.

“Pemeriksaan di rumah berkenaan menemui pelbagai jenis rokok yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran. Nilai rampasan keseluruhan termasuk dua buah kenderaan dianggarkan  RM1.7 juta,” kata beliau. 

Dimin berkata, rampasan tersebut adalah yang terbesar  direkodkan PGA pada tahun ini. 

“Sindiket ini dipercayai telah  beroperasi enam bulan lalu manakala rokok tersebut  bagi pasaran selatan tanah air,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya