Dua pusat hiburan berlesen langgar SOP PKPB - Utusan Malaysia

Dua pusat hiburan berlesen langgar SOP PKPB

Polis melakukan pemeriksaan ke atas pusat hiburan yang melanggar SOP PKPB di Johor Bahru pada 25 September 202o.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Walaupun sudah berkali-kali amaran diberikan pihak berkuasa, dua premis hiburan sekitar bandar raya terus melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Covid-19.

Kesalahan premis itu terbongkar menerusi pemeriksaan polis dan Majlis Bandaraya Johor Bahru pada pukul 10 malam semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kedua-dua pusat hiburan itu berlesen namun  melanggar SOP iaitu tidak mengamalkan penjarakan fizikal ketika berhibur.

“Dalam serbuan, seramai 246 individu berusia 15 hingga 63 tahun dikenakan kompaun RM1,000.

“Pemeriksaan sama juga menemui  seorang remaja berusia 17 tahun positif dadah jenis methamphetamine dan seorang lelaki warga Singapura gagal mengemukakan pasport,” katanya kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, 11 daripada mereka yang juga  warga asing dari Taiwan, China, Thailand serta Yamen didapati tinggal lebih masa.

Menurutnya, kesemua 246 individu yang gagal mematuhi SOP  dikenakan kompaun  RM1,000 seorang.

Jelasnya, suspek yang positif dadah ditahan reman hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Bagi 12 warga asing termasuk lelaki warga emas Singapura ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya