Dua polis direman atas dakwaan cabul dua pelajar - Utusan Malaysia

Dua polis direman atas dakwaan cabul dua pelajar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAIPING: Polis menahan dua anggotanya atas dakwaan mencabul dua pelajar perempuan di sebuah kawasan kilang dekat Simpang  di sini  Selasa lalu.

Anggota polis berusia 35 dan 27 tahun yang masing-masing berpangkat koperal dan lans koperal itu ditahan keesokkan harinya dan direman lima hari sehingga Isnin ini.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu mencabul dan Seksyen 377D Kanun Keseksaan kerana melakukan kelucahan melampau.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, siasatan sedang dijalankan ke atas suspek susulan laporan polis yang dibuat mangsa.

“Pihak polis ada menerima laporan berkenaan kejadian itu daripada mangsa di mana mereka mendakwa telah dicabul oleh anggota polis di satu kawasan sunyi.

“Siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam Selasa lalu, pelajar perempuan berusia 18 dan 19 tahun itu mendakwa dipaksa menaiki kereta peronda Proton Preve dan dibawa ke kawasan perindustrian yang sunyi dan gelap.

Mangsa mendakwa suspek  menarik mereka masuk ke dalam bangunan kosong dan memujuk melakukan hubungan seks selain meraba sebelum menghantar mereka pulang ke asrama di Kamunting.

Kedua-dua mangsa sebelum itu bersama dua rakan lelaki mereka sedang melepak di Taman Tasik Taiping. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya