Dua maut kereta bertembung - Utusan Malaysia

Dua maut kereta bertembung

KEADAAN Nissan Almera dan Toyota Vios yang remuk terlibat kemalangan di kilometer 164 Jalan Kuantan-Kemaman dekat Kampung Kubang Ikan di Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang guru maut dan dua anaknya cedera selepas kereta yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta lain di kilometer 164, Jalan Kuantan-Kemaman dekat Kampung Kubang Ikan di sini kelmarin.

Guru berkenaan, Mohd. Sharfizza Hashim, 43, dari Kemaman, Terengganu maut di tempat kejadian manakala anaknya, Muhammad Zakwan, 14, dan Nur Zahraa Aisyah, 10, cedera di kepala, dada serta patah kaki.

Turut maut dalam nahas itu, Tan Mong Eng, 76, yang memandu kereta Vios dan merupakan penyelia pusat asuhan kanak-kanak, juga dari Kemaman.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, sebelum kejadian, kereta Nissan Almera dinaiki Mohd. Sharfizza dan dua anaknya dalam perjalanan dari Kemaman menuju ke Kuantan.

“Sampai di tempat kejadian ketika bergerak di laluan lurus, tiba-tiba kenderaan mereka dilanggar sebuah kereta Toyota Vios dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua pemandu kenderaan tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala dan dada,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kamarulzaman menambah, dua kanak-kanak tersebut pula dikejarkan ke Hospital Kemaman untuk diberikan rawatan.

Jenazah Mohd. Sharfizza dikebumikan di Kampung Gong, Kemaman manakala mayat Mong Eng pula diuruskan keluarganya di Chukai.

Kejadian kemalangan maut tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya