Dua laras Rifle, peluru berkarat ditemukan dalam timbusan tanah - Utusan Malaysia

Dua laras Rifle, peluru berkarat ditemukan dalam timbusan tanah

SENJATA api yang ditemukan seorang pemandu jengkaut di Kampung Topeng Repek, Pasir Mas, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Dua laras senjata api jenis Rifle yang sudah berkarat ditemukan di dalam karung guni bersama 459 butir peluru di tapak projek tebatan banjir di Kampung Topeng Repek, di sini semalam.

Senjata api dan peluru itu ditemukan pada pukul 2.40 petang oleh seorang pemandu jengkaut yang sedang melakukan kerja-kerja mengorek dan menambun tanah di kawasan berkenaan.

Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan berhubung penemuan tersebut.

Katanya, apabila tiba di lokasi, pemandu jengkaut menunjukkan dua laras senjata api bersama peluru yang ditemukan di dalam karung guni yang tertimbus.

“Senjata api dan peluru tersebut dibawa ke IPD untuk tindakan dan siasatan lanjut. Siasatan awal dapati senjata api tersebut dipercayai jenis Rifle,” katanya di sini hari ini.

Mohamad Roy Suhaimi berkata, penemuan senjata itu kemudian dimaklumkan kepada pihak persenjataan polis untuk siasatan dan analisis lanjut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN