Dua direman rasuah pasang permaidani masjid - Utusan Malaysia

Dua direman rasuah pasang permaidani masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Pengarah projek dan arkitek direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung rasuah meluluskan kerja pemasangan permaidani di sebuah masjid di Subang Jaya semalam.

Perintah  reman terhadap kedua-dua individu berusia 34 dan 53 tahun  dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar, Nadiah Misman.

Menurut sumber, mereka disyaki meminta rasuah RM50,000 dan telah menerima RM10,000 daripada pemilik sebuah syarikat pembinaan.

“Suapan tersebut dipercayai  untuk meluluskan kerja pemasangan permaidani bagi projek membina masjid baharu di Subang Jaya.

“Pengarah projek ditahan pukul 2.20 petang manakala arkitek pula ditahan lima minit selepas itu,” kata sumber itu.

Terdahulu, perintah tahanan reman terhadap pengarah projek dilakukan di Mahkamah Akta Pencegahan Jenayah 2013 (POCA) manakala arkitek itu ditahan di Hospital Shah Alam kerana ketika itu dia ada  masalah kesihatan.

Ketika prosiding, pengarah projek terbabit diwakili peguam, Sivaraj Retinasekharan manakala arkitek terbabit tiada  peguam. 

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan tangkapan itu dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya