Cukai rebat tanah 15 peratus mula 1 Oktober - Utusan Malaysia

Cukai rebat tanah 15 peratus mula 1 Oktober

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Semua pemilik hartanah di negeri ini bakal menikmati rebat cukai sebanyak 15 peratus bermula 1 Oktober ini.

Pejabat Tanah dan Galian negeri memaklumkan, pemberian rebat itu adalah mengikut tahun iaitu 15 peratus untuk 2020 manakala 10 peratus (2021) dan lima peratus (2022).

Tambah kenyataan itu lagi, tempoh bayaran cukai tanah dilanjutkan hingga 14 Disember ini dan denda lewat cukai tanah semasa pula dikenakan bermula 15 Disember.

“Bagi pemilik yang tidak menjelaskan cukai tanah semasa tahun ini iaitu bermula 15 Disember, cukai tanah tersebut akan dikira sebagai tunggakan dan denda lewat dikenakan.

“Tiada pemberian rebat 15 peratus akan diberikan kepada pembayar cukai tanah yang menjelaskan cukai tanah selepas 14 Disember,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan sama lagi, pembayar cukai tanah yang telah menjelaskan bayaran cukai 2020, lebihan akan dikreditkan ke tahun berikutnya. 

“Ini bermakna pada tahun 2021, rebat yang diterima adalah sebanyak 25 peratus.

“Bagi menikmati pemberian rebat pada 2021 dan 2022, semua pemilik tanah perlu menjelaskan cukai tanah tahun berkenaan sebelum atau selewat-lewatnya pada 31 Mei,” ujar kenyataan berkenaan.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad sebelum ini mengumumkan pemberian rebat kepada semua pemilik hartanah di Johor.

Pengumuman itu dibuat dalam ucapan penggulungan Rundingan Pakej Rangsangan Ekonomi Ihsan Johor 2020 pada Mesyuarat Kedua Bagi Penggal Persidangan Ketiga Dewan Negeri Johor Yang Ke-14 pada 13 September lalu. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya