Covid-19: Tetamu majlis akad nikah Fatin dan Azlan dicari - Utusan Malaysia

Covid-19: Tetamu majlis akad nikah Fatin dan Azlan dicari

NOTIS yang meminta tetamu majlis akad nikah pasangan Fatin dan Azlan di Bukit Indera Muda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang 29 Ogos lalu yang diminta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) yang tular dalam media sosial hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Tetamu yang menghadiri majlis akad nikah pasangan Fatin dan Azlan di Bukit Indera Muda, di sini pada 29 Ogos lalu diminta menghubungi Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT).

Mereka boleh menghubungi talian 04-5397884 untuk maklumat lanjut selepas difahamkan salah seorang tetamu majlis itu disahkan positif Covid-19.

Terdahulu paparan notis berhubung arahan berkenaan tular di media sosial hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Asmayani Khalib ketika dihubungi media mengesahkan notis berkenaan yang dikeluarkan Pejabat Kesihatan Daerah SPT.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan negeri sedang mendapatkan maklumat berhubung jumlah tetamu yang hadir.

Difahamkan salah seorang tetamu berkenaan disahkan positif Covid-19 daripada Kluster Sungai yang kini menerima rawatan di sebuah hospital di Alor Setar, Kedah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya