Covid-19: 57 kes baharu dicatatkan hari ini, 51 tempatan, 6 import - Utusan Malaysia

Covid-19: 57 kes baharu dicatatkan hari ini, 51 tempatan, 6 import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Wabak Covid-19 mencatatkan peningkatan iaitu 57 kes hari ini berbanding 52 semalam, dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata,  Sabah kekal sebagai negeri yang mencatat kes tertinggi dengan 49 kes.

NOOR HISHAM ABDULLAH

Katanya, ia membabitkan kes daripada Kluster Pulau, 12 daripada Kluster Selamat, lima kes masing-masing daripada Kluster Benteng Lahad Datu dan kluster baharu iaitu Kluster Kuarters di Tongod.

Selain itu, masing-masing dua kes Jangkitan Pernafasan Akut Teruk (Hospital Queen Elizabeth), saringan bergejala (Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Lahad Datu), saringan tahanan lokap di Beaufort, dan saringan pelatih pusat rehabilitasi.

Pada masa sama, satu kes masing-masing kes saringan prapembedahan, kes influenza-like illness, kes saringan kontak rapat, kes saringan petugas kesihatan (Lahad Datu) dan kes saringan rujukan ke Hospital Tawau.

“Dua lagi kes tempatan melibatkan masing-masing satu kes daripada Kluster Sungai, Kedah yang melibatkan warganegara dan satu kes saringan pra pembedahan Hospital Kuala Lumpur yang melibatkan warga asing,” katanya dalam kenyataan ini.

Dr. Noor Hisham berkata daripada 51 kes penularan di dalam negara, 45 kes melibatkan warga Malaysia dan enam kes adalah bukan warganegara.

Kes import pula katanya, melibatkan mereka yang pulang dari Indonesia (3 kes) dan masing-masing satu kes dari United Kingdom, Pakistan  dan Zambia.

Dengan perkembangan terbaharu itu, menjadikan jumlah terkumpul kes COVID-19 di negara ini sebanyak 10,276  dengan kes aktif berjumlah 751 sementara kematian kekal 130 kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN