Bukan kereta klon tetapi curi  - Utusan Malaysia

Bukan kereta klon tetapi curi 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dakwaan mengenai kereta jenis Mazda 6 yang tular ditemukan di kawasan parkir di Bangi, dekat Kajang adalah kenderaan klon adalah tidak benar sebaliknya merupakan kenderaan curi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang Ahad lalu, sepasukan anggota dari Balai Polis Bandar Baru Bangi dikerahkan ke lokasi terbabit untuk menjalankan siasatan susulan maklumat awam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan, berkata hasil pemeriksaan, kereta itu dilaporkan dicuri di Beserah, Kuantan.

“Kereta jenis Mazda 6 berwarna merah yang berkunci ditemui di kawasan letak kenderaan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu menggunakan nombor pendaftaran palsu dan mempunyai status rekod kenderaan hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaid memberitahu, kenderaan itu kemudian dibawa balik oleh anggota polis terbabit untuk tindakan dan siasatan selanjutnya.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk menyalurkan maklumat insiden jenayah atau kemalangan bagi membantu siasatan polis.

“Pihak polis khususnya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang memerlukan bantuan dan kerjasama masyarakat untuk menjalankan tugas,” ujarnya,

Sebelum ini, tular di media sosial kononnya pemilik kereta tulen Mazda dari Johor berjaya menjejaki ‘kembarnya’ di Bangi dan kereta Mazda yang ditemui di parkir itu dikatakan kereta klon. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya