Bekas banduan kantoi cuba mencuri barang dalam kereta - Utusan Malaysia

Bekas banduan kantoi cuba mencuri barang dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KULIM: Seorang bekas banduan tidak menyedari kegiatannya memanjat pagar di sebuah rumah di Taman Desa Cinta Sayang, Sungai Karangan dekat sini dirakam dan merancang untuk mencuri barang dalam kereta dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Lelaki berusia 30 tahun itu mempunyai 12 rekod jenayah lampau berkaitan dadah serta curi.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Azahar Hashim berkata kira-kira pukul 9.45 pagi kelmarin, mangsa, seorang peniaga dalam talian memeriksa rakaman CCTV yang dipasang di rumahnya.

Katanya, dia mendapati seorang lelaki yang tidak dikenali memakai topi dengan pelitup muka memanjat pagar rumah.

“Dalam rakaman itu, mangsa melihat suspek cuba membuka pintu kereta milik mangsa yang berada di kawasan halaman rumah.

“Namun dia gagal membuka pintu kereta mangsa, suspek memanjat pula pagar ke sebelah rumah jiran mangsa,” katanya di sini hari ini.

Azhar berkata, mangsa kemudian membuat laporan polis dan suspek diberkas di Estate Padang Meha, Sungai Karangan di sini kira-kira pukul 2 petang.

Katanya, suspek turut menceroboh tujuh rumah di sekitar Sungai Karangan, namun cubaannya untuk mencuri gagal.

“Kita merampas beberapa barangan seperti beg sandang dan lampu suluh suspek ketika menjalankan kegiatannya itu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya