Bekalan air Selangor cukup hingga 2065 - Utusan Malaysia

Bekalan air Selangor cukup hingga 2065

AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SELANGOR: Bekalan air untuk kegunaan domestik dan perindustrian di Selangor cukup sehingga 2065, kata Menteri Besar Selangor..

Datuk Seri Amirudin Shari berkata,  jaminan tersebut berdasarkan  pembangunan sistem bekalan air bagi mempertingkatkan jumlah sumber melalui Projek Hybrid off River Augmentation System (HORAS) 3000 dan Sungai Rasau.

“Ini kajian kerajaan Selangor berhubung sumber, bekalan dan agihan air negeri ini. Pembangunan bekalan air ini akan melibatkan kos tinggi.

“Hingga Ogos lalu semua empangan mencatatkan kapasiti takungan air melebihi 95 peratus ekoran taburan hujan tinggi di kawasan tadahan,” katanya ketika merasmikan majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia 2020 peringkat negeri dan pelancaran Inisiatif Friends of River (FOR) Selangor, semalam.

Menurut beliau, peratusan kapasiti tinggi itu mampu menampung bekalan air mentah muka sauk loji pembersihan air sepanjang tiga bulan jika tiada hujan.

“Status semasa ini menunjukkan Selangor mempunyai sumber mencukupi untuk kegunaan rakyat namun insiden pencemaran berlaku seperti baru-baru ini menyebabkan gangguan bekalan air terawat tidak berjadual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya