Beberapa kawasan di Perlis mula dinaiki air - Utusan Malaysia

Beberapa kawasan di Perlis mula dinaiki air

Hujan lebat melanda Perlis petang tadi menyebabkan beberapa kawasan mula dinaiki air pada 12 September 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Hujan lebat berterusan sejak petang tadi menyebabkan beberapa kawasan rendah di sekitar negeri ini dinaiki air.

Di Arau, antara kawasan yang terkesan ialah di Kampung Titi Besi, Jelempok, Kampung Sena, Kampung Paloh dan beberapa lagi kawasan lain.

Difahamkan, pusat pemindahan sementara di Dewan Sivik di sini sedia untuk dibuka bagi menempatkan penduduk terjejas.

Hujan lebat sejak pukul 3 petang berterusan sehingga malam ini dengan penduduk di beberapa buah kampung terlibat sudah mula memindahkan barang ke tempat lebih tinggi.

Malah dalam kalangan penduduk juga sudah bersiap sedia untuk berpindah jika keadaan bertambah buruk.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya