Bayi perempuan ditinggalkan di dalam longkang - Utusan Malaysia

Bayi perempuan ditinggalkan di dalam longkang

BAYI perempuan yang ditemukan di Jalan Kebun, Kampung Solok, Tangkak, Perak, petang semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Bayi perempuan cukup sifat ditemukan di dalam longkang di Jalan Kebun, Kampung Solok di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, bayi itu ditemukan di dalam plastik berwarna jingga oleh seorang penduduk yang mendengar tangisan di lokasi kejadian kira-kira pukul 6 petang.

“Seorang kanak-kanak lelaki yang pulang dari kelas mendakwa terdengar tangisan bayi dalam longkang berhampiran rumahnya dan memaklumkan perkara itu kepada bapanya.

“Bapanya ke tempat kejadian yang jaraknya kira-kira 50 meter dari rumah mereka. Dia memberitahu ternampak bayi yang menangis di dalam plastik berwarna jingga.

“Saksi kemudian segera mengangkat bayi itu dan membalutnya dengan sehelai kain yang dibawa dari rumah,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd. Fadhil, penduduk kemudian menghubungi polis dan pegawai perubatan yang hadir mengesahkan bayi seberat 2.6 kilogram itu sihat dan berada dalam keadaan baik.

“Identiti bayi itu masih disiasat dan kini ditempatkan di Hospital Tangkak untuk pemerhatian sepenuhnya.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi yang mana boleh dihukum penjara tidak lebih tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil dengan menghubungi pegawai penyiasat di talian 016522 0525 atau 069781222,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya