Banjir kilat jejaskan Masjid Jamek sudah diramal meteorologi - Utusan Malaysia

Banjir kilat jejaskan Masjid Jamek sudah diramal meteorologi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Hujan lebat menenggelamkan beberapa kawasan di ibu negara Khamis lalu  sudah diramalkan Jabatan Meteorologi dan  fenomena  tersebut  jarang berlaku.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Jailan Simon berkata, hujan tersebut meningkat antara satu hingga tiga meter dan sukar dielakkan melainkan ada sistem saliran yang baik. 

“Nak katakan luar biasa sebelum ini memang pernah berlaku tetapi hujan lebat Khamis lalu memang sangat lebat. 

“Jika tanya kepada Jabatan Pengairan dan Saliran pun sukar untuk mereka menampung jumlah taburan hujan sebanyak itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Dalam kejadian tersebut beberapa kawasan seperti sekitar Masjid Jamek ditenggelami air. Kejadian tersebut dipercayai berpunca air Sungai Klang dan Sungai Gombak melimpah.

Kawasan lain yang terkesan ialah Jalan Lengkok Berilmu, Bukit Petaling; Blok H PPR Kampung Air Panas; Jalan 7/48A Sebutir Perdana, Bandar Baru Sentul; Lorong Permai, Off Jalan Syed Putra Height dan Persiaran Tunku Jaafar, Tasik Perdana.

Jailan berkata, pihaknya  mengeluarkan amaran hujan lebat tersebut  dua kali pada hari sama iaitu pada  jam 12.45 tengah hari  dan jam 4 petang. 

Jabatan Meteorologi di laman Facebooknya  turut memaklumkan beberapa kawasan di negeri lain seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka, Sabah dan Sarawak juga dilanda hujan lebat. 

“Jabatan memang sentiasa memantau keadaan seperti ini tetapi, ia bergantung kepada kepekaan rakyat terhadap amaran hujan yang biasanya masih lagi kurang (teliti). 

“Ini baru hujan ribut petir belum lagi musim tengkujuh,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya