Azman, Robert sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Azman, Robert sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Dua wakil rakyat Bebas di negeri ini, Azman Nasrudin dan Dr. Robert Ling Kui Ee mengisytiharkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) malam tadi.

Azman adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lunas dan Robert pula ADUN Sidam yang juga Exco kerajaan negeri.

Mereka mengumumkan keluar PKR dan menjadi wakil rakyat Bebas serta menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) pada 12 Mei lalu.

Bagaimanapun, Robert menjadi ahli bersekutu Bersatu terlebih dahulu.

Azman yang juga Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN) Kedah menyerahkan borang keahlian Bersatu kepada Ketua Badan Pimpinan Bersatu Kedah, Datuk Mohd. Suhaimi Abdullah pada majlis makan PKN Kedah di sini malam tadi.

Turut hadir Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen  Ampang, Zuraida Kamaruddin

Kedua-dua bekas pemimpin PKR itu juga telah menyertai Bersatu pada 22 Ogos lalu.

Sementara itu, Azman memberitahu, seramai 10,000 orang ahli PKN Kedah dan bekas ahli PKR di negeri ini akan menyertai Bersatu secara berperingkat-peringkat.

“Ahli-ahli PKN Kedah termasuk Penggerak Wanita Muda Negara dan Pemuda Negara bersetuju menyertai Bersatu serta bersedia membantu memantapkan parti itu di negeri ini.

“Malah ramai dalam kalangan bukan Melayu juga berminat menyertai Bersatu Kedah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN