Askar maut jatuh bangunan kuarters masih disiasat - PAT - Utusan Malaysia

Askar maut jatuh bangunan kuarters masih disiasat – PAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Keputusan mengenai kematian seorang anggota Tentera Darat selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuarters kediamannya di Kem Majidee, Batu Pahat hujung bulan lalu akan diketahui dalam masa terdekat.

Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Affendi  Buang berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci sebelum membuat apa-apa penjelasan mengenai kematian warga Tentera Darat tersebut.

“ATM masih menjalankan siasatan,” ujarnya ringkas ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Dalam kejadian tersebut, Abdul Aziz Aznam, 20,   dari Ipoh, Perak menghembus nafas terakhirnya pada pukul 2.30 petang semalam  ketika sedang menerima rawatan di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Nora Ismail.

Kematiannya, akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya