Akta kawal penyakit berbahaya perlu dipinda - Noor Hisham - Utusan Malaysia

Akta kawal penyakit berbahaya perlu dipinda – Noor Hisham

AKTA
NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Sudah tiba masanya kerajaan meminda  Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)  selepas 32 tahun ekoran peningkatan kes Covid-19 di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pindaan perlu dilakukan pada segi Seksyen 1, Seksyen 24 dan Seksyen 25 bagi membolehkan tindakan  tegas di ambil dalam usaha menangani kes terbabit.

“Akta 342 sedia ada sebelum (wujud) Covid-19, justeru ada keperluan untuk mengkaji semula.

“Selama32 tahu akta tersebut tidak dikaji untuk penambahbaikan, sekarang (masa) untuk lihat dan kita akan memberi cadangan serta berbincang dengan Peguam Negara,” katanya dalam sidang akhbar harian Perkembangan Harian Covid-19, di sini hari ini.

Minggu lalu, Kementerian Kesihatan mencadangkan kepada kerajaan untuk menaikkan denda bagi kesalahan mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) dari kadar semasa RM1,000 kepada RM10,000.

Tambah Noor Hisham, kadar kompaun terbaharu akan ditentukan kemudian selepas mengambil kira pandangan semua pihak.

“Kita juga akan melihat kadar sepatutnya. Jika diguna pakai, akta itu akan dibentangkan di Kabinet dan seterusnya Parlimen,” jelasnya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya