KUALA LUMPUR: Keluarga Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meminta mereka diberi ruang berhubung keadaan kesihatan wakil rakyat daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) itu.
Menurut seorang pegawai khasnya, penjelasan akan diberikan pihak keluarga Vui Keong apabila mereka bersedia.
“Keluarga memohon jasa baik diberi ruang privasi pada masa ini.
“Turut dimaklumkan bahawa sebarang komen rasmi mengenai perkara ini hanya dikeluarkan oleh keluarga beliau dalam masa terdekat sekiranya perlu.
“Kami memohon agar privasi keluarga beliau dapat dijaga sehingga mereka sedia memberi sebarang komen,” katanya. – UTUSAN ONLINE