42 individu dikompaun ingkar arahan PKPP - Utusan Malaysia

42 individu dikompaun ingkar arahan PKPP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Tindakan pemilik sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan kafeteria namun menukarnya menjadi pusat hiburan membawa padah apabila premis terletak di Jalan Setia Dagang, Setia Alam di sini itu diserbu pihak berkuasa kelmarin.

Dalam serbuan itu, seramai 42 individu dikenakan kompaun kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, operasi bermula pukul 1 pagi itu dijalankan secara bersepadu bersama pasukan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Katanya, pihaknya menjalankan pemeriksaan lanjut dan mendapati 42 individu yang terdapat dalam premis itu melanggar arahan Kementerian Kesihatan dan tiada penjarakan fizikal.

“Kita mengeluarkan kompaun kepada 42 individu berusia 20 tahun hingga 45 tahun.

“Bagaimanapun, dalam serbuan tersebut, kita tidak menemukan sebarang barangan terlarang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, sebanyak dua kompaun dikeluarkan MBSA selain tiga notis amaran diberikan kepada pemilik premis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya