337 pelanggan kelab malam di Johor kena kompaun - Utusan Malaysia

337 pelanggan kelab malam di Johor kena kompaun

AYOB KHAN MYDIN PITCHAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dalam tempoh dua hari, seramai 337 pengunjung pusat hiburan dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Picthay berkata, tindakan itu diambil menerusi operasi pemantauan kelab malam di seluruh Johor bermula 9 malam semalam

dan berakhir pukul 7 pagi hari ini.

Menurut beliau,  ia membabitkan pemeriksaan ke atas  36 premis hiburan dengan melibatkan  492 pengunjung.

“10 premis didapati melakukan kesalahan dengan sembilan tiada lesen hiburan manakala satu lagi tiada lesen perniagaan.

“Seramai 25 pengunjung ditangkap atas pelbagai kesalahan dan 337 orang lagi dikompaun kerana melanggar syarat PKPB,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, jumlah itu melibatkan 325 warga tempatan dan 12 rakyat asing.

“Bagi premis dan individu yang disiasat akan didakwa di bawah undang-undang Enakmen Hiburan Negeri Johor, Akta Imigresen 1959 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit,” katanya.

Tegas beliau, tindakan akan diambil terhadap orang ramai yang gagal mematuhi SOP PKPB termasuk mereka tidak melakukan penjarakan fizikal di tempat awam. – UITUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya