247 penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard disaring - Utusan Malaysia

247 penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard disaring

PETUGAS kesihatan melakukan operasi sanitasi di balai polis bergerak yang diletakkan di hadapan pintu masuk utama kawasan perumahan Rumah Pangsa Tongkang Yard yang dikuarantin ekoran penularan dan peningkatan kes Covid 19 di Daerah Kota Setar baru-baru ini. - UTUSAN/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Seramai 247 penghuni Rumah Pangsa Tongkang Yard di Seberang Perak di sini yang dikenakan pengawasan ketat susulan penularan Covid-19 bagi Kluster Sungai telah  menjalani ujian saringan pada semalam dan hari ini. 

Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Mohd. Fikri Ujang memberitahu, ujian saringan secara menyeluruh terpaksa dilakukan selepas sembilan penghuni di situ disahkan positif Covid-19.

“Saringan pertama dilakukan pada 19 September lalu diikuti pada semalam dan hari ini yang dijalankan di pekarangan rumah pangsa tersebut.

“Keputusan saringan akan diperoleh dalam tempoh 72 jam selepas ujian dibuat,” katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Keselamatan Negeri (JKKN) berkaitan Covid-19 di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Kota Setar di sini hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia hari ini mendapati jalan dan pintu pagar utama masuk ke rumah pangsa berkenaan telah ditutup dengan kawalan lebih ketat yang dilakukan anggota polis dan tentera.

Sementara itu, petugas Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dilihat melakukan ujian saringan Covid-19 terhadap penduduk di khemah dalam pekarangan perumahan tersebut.

Beliau berkata,  pihaknya pada awalnya dimaklumkan terdapat lebih ramai penghuni yang perlu disaring, namun pemeriksaan mendapati ada banyak rumah di situ tidak didiami.

“Kesemua penghuni yang telah menjalani saringan diarah untuk menjalani kuarantin di rumah selama 14 hari,” ujarnya. 

Ketika ditanya sama ada terdapat kawasan lain yang akan dikenakan ujian saringan secara menyeluruh, Mohd. Fikri berkata, pelaksanaan itu bergantung kepada jumlah kes positif dilaporkan di sesuatu kawasan.

“Jika kes positif di sesuatu kawasan itu meningkat secara mendadak, kita akan laksanakan saringan menyeluruh seperti yang berlaku di Rumah Pangsa Tongkang Yard,” jelasnya.

Beliau berkata, setakat ini, hampir 20,000 penduduk dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (Temco) daerah Kota Setar telah menjalani saringan Covid-19. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya