Sanusi bimbang virus Covid-19 baharu - Utusan Malaysia

Sanusi bimbang virus Covid-19 baharu

MUHAMMAD SANUSI MD. NOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor melahirkan kebimbangan terhadap virus Covid-19 di negeri ini apabila disyaki terdapat mutasi jenis D6146 yang lebih mudah berjangkit dan merebak.

Beliau berkata, penularan virus baharu itu perlu dikawal daripada menjangkiti lebih ramai penduduk.

“Sebelum ini, seorang pesakit Covid-19 boleh merebak kepada empat orang dan virus baharu ini pula bagi seorang pesakit boleh merebak kepada 10 orang,” katanya selepas menyantuni petugas barisan hadapan di Zon Melur di sini hari ini.

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pendtadbiran (Temco) di Zon Melor yang dilanjutkan pada 14 September lalu dijadual ditamatkan esok.
Ketua Pengarah Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sebelum ini dilaporkan berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mengesyaki lima kluster yang dikesan di Kedah, Sabah dan Johor terdapat mutasi jenis D614G.

Menurut Noor Hisham, IMR menjalankan ujian penjujukan genom ke atas 32 virus Covid-19 yang dikesan hasil ujian pengasingan dan kultur bagi Kluster Benteng LD (23 virus), Kluster PUI Sivagangga (4 virus), Kluster Tawar (3 virus), Kluster Sungai (1 virus) dan Kluster Bukit Tiram (1 virus).

Muhammad Sanusi menasihatkan penduduk penduduk supaya lebih berdisiplin dalam mengekang penularan Covid-19 daripada terus merebak walaupun selepas Temco ditamatkan.

Ini kerana, menurutnya, virus Covid-19 masih ada di persekitaran dan boleh merebak serta menjangkiti orang ramai.

“Penduduk perlu mengamalkan norma baharu dalam kehidupan seharian serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan dengan memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal, kerap mencuci tangan dengan air cecair nyah kuman,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya