18 pekebun durian dipanggil SPRM - Utusan Malaysia

18 pekebun durian dipanggil SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sebanyak 18 pekebun dipanggil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi diambil keterangan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri yang dijadikan ladang durian secara haram di Raub.

Ini sekali gus penafian yang dilakukan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengenai tiada pekebun dipanggil SPRM adalah merujuk kepada jumlah pekebun yang dipanggil untuk membantu siasatan.

SPRM dalam satu kenyataan malam ini memberitahu, terdapat 12 lagi individu turut hadir namun kesemuanya tidak berkaitan dengan kes tersebut.

Ujar kenyataan itu, siasatan yang dijalankan berdasarkan undang-undang yang diperuntukkan yang mana tindakan SPRM adalah bebas tanpa desakan daripada mana-mana pihak bagi mendapatkan keterangan mengenai isu penerokaan tanah ini yang telah berlarutan sehingga kini.

“Setakat ini, tiada tangkapan yang dibuat dan SPRM akan terus memangil pihak berkaitan untuk membantu siasatan dari semasa ke semasa.

“SPRM juga berharap semua pihak yang terlibat dengan isu berkenaan jangan membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang untuk suruhanjaya ini menjalankan siasatan,” kata kenyataan itu.

Sebelum itu, Azam ketika ditemui media selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Liabiliti Korporat: Adakah Anda Berisiko? di Grand Hyatt telah menafikan sebanyak 50 pekebun dipanggil untuk memberi keterangan berhubung isu pencerobohan tanah kerajaan negeri itu.

Azam turut mengesahkan siasatan telah dijalankan yang mana akan melihat sama ada terdapat kesalahan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu tersebut.

Semalam, Perikatan Selamatkan Musang King (Samka) mendedahkan kira-kira 50 pekebun durian dihubungi oleh SPRM untuk diambil keterangan mulai hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya