Pesara kerajaan pula jadi mangsa scammer, rugi RM40,000 - Utusan Malaysia

Pesara kerajaan pula jadi mangsa scammer, rugi RM40,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH: Sindiket Macau Scam terus memperdaya orang ramai yang mana kali ini seorang pesara agensi kerajaan di sini menjadi mangsa melibatkan kerugian sebanyak RM40,000.

Mangsa lelaki berusia 60-an itu pada mulanya dihubungi seorang suspek wanita yang mengaku sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mendakwa dia terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, panggilan itu kemudian disambung ke Ibu pejabat Polis Daerah Kota Bharu dan seorang individu bernama ‘Sarjan Fauzi’ memaklumkan suspek yang terlibat dalam kes itu sudah ditahan.

“Mangsa diminta untuk bekerjasama dan dinasihatkan tidak memaklumkan mengenai kes itu kepada sesiapa kerana masih dalam siasatan.

“Mangsa tanpa berfikir panjang turut membuat pemindahan wang melalui mesin pengeluaran automatik (ATM) ke akaun bank yang diberikan suspek sebanyak dua kali berjumlah RM40,000.

“Mangsa turut dimaklumkan bahawa wang terbabit akan dipindahkan ke Jabatan Audit Negara bagi tujuan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa yang berasa tertipu membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN