11 ahli parlimen Amanah sokong Anwar - Utusan Malaysia

11 ahli parlimen Amanah sokong Anwar

najib
MOHAMAD SABU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: 11 Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (Amanah) menyatakan sokongan penuh kepada kepemimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan baharu.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu yang mengesahkan perkara itu berkata, parti itu juga terus menyokong penuh Anwar sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Kami mengambil maklum pengumuman yang dbuat oleh Anwar, Pengerusi PH yang memperoleh sokongan majoriti ahli parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

“Amanah menyokong sepenuhnya kepemimpinan Anwar sebagai Pengerusi PH dan memberi kepercayaan kepada beliau untuk membentuk kerajaan baharu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar sebelum ini dalam satu sidang akhbar mendakwa beliau menerima mempunyai majoriti kukuh untuk membentuk kerajaan baharu.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN