Warga emas selamat jatuh tingkat 9 ke tingkat 6 - Utusan Malaysia

Warga emas selamat jatuh tingkat 9 ke tingkat 6

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN – Seorang warga emas ditemukan selamat selepas terjatuh di atas bumbung aras enam dari rumahnya di tingkat sembilan Flat Idaman Seroja, Sungai Ara di sini semalam.

Mangsa lelaki berusia 74 tahun itu ditemukan dalam keadaan separuh sedar oleh penduduk flat berkenaan kira-kira pukul 1 petang.

Difahamkan, lelaki tersebut mengalami masalah kesihatan dan anak mangsa turut berada di lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai tindakan bapanya itu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bayan Baru, Rohaizal Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 1.18 petang dan tiba di lokasi kejadian kurang lima minit kemudian.

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, mangsa didapati telah terbaring di koridor flat berkenaan selepas dikatakan tergolek dari bumbung kediaman penghuni di aras enam.

“Dia sebelum itu dikatakan terjatuh dari rumahnya di tingkat sembilan. Rawatan awal telah diberikan kepada mangsa yang berada dalam keadaan separuh sedar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Menurut Rohaizal, mangsa yang mengalami kecederaan pada kepala dan patah tulang rusuk kemudian dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan lanjut.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya