Warga emas lemas jatuh tali air - Utusan Malaysia

Warga emas lemas jatuh tali air

Penduduk kampung mengangkat mayat Mohamad Awang, 74, yang dipercayai lemas selepas motosikalnya terbabas ke dalam tali air di Kampung Gerai Muda, Jertih di Besut, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BESUT: Seorang warga emas ditemui lemas selepas motosikalnya dipercayai terbabas ke dalam tali air di Kampung Gerai Muda, Jertih di sini.

Mayat Mohamad Awang, 74, ditemui di dasar tali air itu kira-kira pukul 10.15 pagi ini oleh penduduk kampung pada jarak dua kilometer dari tempat mangsa dikatakan terjatuh.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, pihaknya dengan kekuatan tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 7.19 pagi.

Katanya, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah selepas menghadiri majlis tahlil yang diadakan di kampung itu malam tadi.

“Bimbang dengan kehilangan Mohammad, cucunya bertindak keluar mencari dan menemui selipar milik mangsa berhampiran tali air pada pukul 4 pagi.

“Cucunya turut menemui kesan tayar motosikal yang terbabas dan kenderaan mangsa di dalam tali air itu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Muhammad Tarmimi, ketika ditemui terdapat kecederaan di bahagian kepala mangsa yang mungkin disebabkan oleh kemalangan tersebut dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Besut bagi tindakan lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya