Wanita maut terlibat kemalangan dengan bas ekspres - Utusan Malaysia

Wanita maut terlibat kemalangan dengan bas ekspres

KERETA mangsa remuk selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di Bentong, Pahang, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENTONG: Seorang wanita yang dalam perjalanan pulang ke rumahnya maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah bas ekspres di Kilometer 12 Jalan Bentong-Raub di sini hari ini.

Kejadian tersebut menyaksikan bahagian kanan kereta dipandu mangsa, Samsuna Jamaludin, 58, remuk.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, kejadian kira-kira pukul 3.40 petang itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Mempaga ke Lurah Bilut.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai keluar dari Simpang Mempaga secara mengejut mengakibatkan pemandu bas tidak sempat mengelak lalu terlanggar bahagian sisi sebelah kanan kereta berkenaan. 

“Akibat kemalangan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Tambah Yusof, pemandu dan 11 penumpang bas ekspres berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya