UiTM terima perisian syarikat simulasi ulung Korea - Utusan Malaysia

UiTM terima perisian syarikat simulasi ulung Korea

Prof Emeritus Datuk Dr. Mohd Azraai Kassim (dua dari kanan) menunjukkan MoU yang dimeterai dengan MRFC dan Universiti Kebangsaan Gyeongsang (GNU) secara maya di Canseleri Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) menjadi universiti pertama di Asia Tenggara menerima perisian simulasi pembuatan bernilai RM3.3 juta daripada sebuah syarikat simulasi terulung Korea, Metal Forming Research Corporation (MFRC). 

Perisian simulasi sumbangan MFRC itu berkaitan bidang automotif, aeroangkasa dan pembuatan logam. 

Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr. Mohd.Azraai Kassim berkata, perisian simulasi itu digunakan pemain industri Korea bagi memendekkan masa pembuatan, mengurangkan kos dan mengoptimumkan penggunaan logam melalui inovasi pembangunan serta acuan pembuatan.

Menurutnya, kolaborasi bersama rakan industri antarabangsa itu memberi peluang kepada penuntut menggunakan teknologi simulasi luar negara yang terkini. 

“Perisian ini akan diserahkan kepada Institut Penyelidikan Pembuatan Pintar (SMRI), UiTM untuk latihan industri, penyelidikan dan penerbitan. 

“Sebanyak 40 perisian berkaitan pembuatan, aeroangkasa dan automotif akan diintegrasikan ke dalam pengajian ijazah Kejuruteraan Mekanikal sebelum diperluaskan ke pihak industri tempatan,” katanya. 

Beliau berkata demikian selepas memeterai memorandum persefahaman (MoU) selama lima tahun bermula tahun ini dengan MRFC dan Universiti Kebangsaan Gyeongsang (GNU) secara maya di Canselori UiTM di sini hari ini.

Majlis itu dimeterai antara Mohd. Azraai dan Presiden MFRC, Prof Dr. Mansoo Joun serta Presiden GNU, Prof Dr. Soon-Ki Kwon.

Tambah Azraai, menerusi hubungan antarabangsa itu, dua alumni daripada Fakulti Kejuruteraan Mekanikal UiTM turut telah mendapat tajaan penuh untuk pengajian siswazah di GNU.

“Ini menepati agenda transformasi UiTM 2025 dengan misi menjadi universiti bertaraf dunia yang maju dalam bidang sains, teknologi dan keusahawanan. 

“Selain itu, ia juga selaras dengan Pelan Strategik UiTM bagi melahirkan lebih ramai graduan berkualiti tinggi yang memenuhi kehendak pasaran kerja industri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya