Trend keluar Bersatu di Semenanjung dan Sabah tidak sama - Utusan Malaysia

Trend keluar Bersatu di Semenanjung dan Sabah tidak sama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Walaupun Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat masih bergelut dengan keadaan politik yang tidak jelas susulan tindakan ahlinya keluar parti, situasi parti itu di Sabah tidak menunjukkan trend yang sama. 

Timbalan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Negeri Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menyifatkan, corak politik Bersatu di negeri itu berbeza walaupun di bawah pimpinan yang sama iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

“Di Sabah dan di Semenanjung trendnya berlainan. Dua minggu lepas sahaja terdapat 23,000 permohonan baharu untuk menyertai Bersatu di negeri ini. 

“Kelmarin sempena mesyuarat perwakilan bahagian Bersatu, seramai 40 orang menyertai parti ini,” katanya semalam. 

Trend keluar Bersatu semakin jelas susulan langkah pertama diambil oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram, Mohd. Shaid Rosli apabila beliau mengumumkan tidak lagi menjadi ahli parti itu  berkuat kuasa 8 Ogos lalu. 

Beliau turut menyatakan sokongan terhadap bekas Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohamad di bawah parti baharu diasaskannya dikenali sebagai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang). 

Tindakan keluar parti berkembang di beberapa bahagian negeri di Selangor, Pahang, Langkawi, Pulau Pinang dan Terengganu bagaimanapun, ahli Bersatu di Johor masih setia menyokong Muhyiddin Yassin. 

Mengulas lanjut, ditanya sama ada kewujudan Pejuang sebagai cabaran untuk Bersatu memenangi Pilihan Raya ke-15 (PRU15), ADUN Karanaan itu menafikannya. 

“Saya tidak nampak ia satu cabaran. Lambat laun keadaan akan lebih stabil selepas pemilihan kepemimpinan baharu. 

“Bersatu dan Pejuang adalah parti berlainan dan semua parti ada sandaran kekuatan masing-masing,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya