Tiada bukti pelindung muka lutsinar dapat mengekang Covid-19 - Utusan Malaysia

Tiada bukti pelindung muka lutsinar dapat mengekang Covid-19

DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tiada bukti klinikal penggunaan pelindung muka lutsinar dapat memutuskan penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar sekolah.

Ini kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah,  fungsi pelindung muka adalah berbeza berbanding pelitup muka.

“Sudah ada bukti  bahawa pelitup muka dapat memutuskan penularan Covid-19  antara 60 hingga 65 peratus dan apabila ditambah dengan penjarakan fizikal, kita dapat menghalang penularan Covid-19.

“Bagi pelindung muka pula, tiada bukti bahawa ia dapat mengekang virus terbabit. Namun, sekurang-kurang kita ada perlindungan ketika memakainya,” katanya dalam sidang akhbar perkembangan semasa Covid-19, di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkaitan kerajaan sedang meneliti sama ada pelindung muka boleh digunakan sebagai alternatif kepada pelitup muka untuk murid sekolah.

Tambah Noor Hisham, tiada halangan bagi pelajar untuk mengenakan pelindung muka ketika sesi persekolahan.

“Lebih baik memakai pelindung muka daripada tidak memakai apa-apa langsung untuk perlindungan. Oleh itu, kita menggalakkan mereka memakai pelindung muka dan pelitup muka,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN