Tender KVDT 2 kini dibuka - Utusan Malaysia

Tender KVDT 2 kini dibuka

WEE KA SIONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tender projek Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa 2) ( KVDT 2 ) akan
dibuka seperti mana dipersetujui Kabinet.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong berkata, tender terbuka itu bertujuan mengoptimumkan penggunaan dana awam untuk projek infrastruktur berskala besar.

Katanya, selepas menyemak dengan teliti berhubung Landasan Berkembar Lembah Klang (Fasa2) itu, kerajaan percaya projek tersebut bakal memberi manfaat kepada negara.

“Pada 5 Julai 2019, Kabinet Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk meneruskan projek tersebut kepada kontraktor Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd. dengan kos 15 peratus lebih rendah daripada RM5.265 bilion kepada RM4.475 billion iaitu RM789.750 juta termasuk pengurangan skop kerja.

“Bagaimanapun, pada Oktober 2018, perunding yang ditugaskanoleh Kementerian Pengangkutan ketika itu, Opus Consultants iaitu anak syarikat Khazanah Nasional Bhd. mengemukakan Laporan Kajian Profesional (PPR) yang menyimpulkan bahawa kos projek tersebut dianggarkan hanya RM3.398 bilion berdasarkan skop kerja DM-LTAT yang asal. Maklumat ini tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet pada masa itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada September tahun lalu, bekas menterinya, Anthony Loke memberitahu, Dhaya Maju LTAT Sdn. Bhd., iaitu sebuah syarikat yang dibentuk oleh Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn. Bhd. (DMIA) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang menaik taraf kemudahan infrastruktur landasan tersebut dijangka siap dalam tempoh tujuh tahun.

Tambah Ka Siong, kementerian memutuskan bahawa kos projek semasa adalah terlalu tinggi setelah mempertimbangkan hasil penelitian dan penyelidikan secara menyeluruh.

“Susulan itu, Kabinet Perikatan Nasional (PN) bersetuju bahawa pelaksanaan projek dengan bersandarkan kepada rundingan terus adalah tidak boleh diteruskan.

“Proses bidaan untuk projek ini akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini,” jelasnya.

Katanya lagi, Perunding Pemeriksaan Berkecuali (ICC) akan dilantik sebelum kontraktor baharu dapat melaksanakan skop kerja yang diperlukan untuk memendekkan tempoh pembinaan projek dari tujuh tahun kepada lima tahun.

“Ini adalah penting dan diperlukan kerana projek ini akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kira-kira 80,000 pengguna Komuter setiap hari,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya