TEMCO mungkin dilaksana di Sanglang - Utusan Malaysia

TEMCO mungkin dilaksana di Sanglang

AZLAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KANGAR: Kerajaan negeri tidak menolak kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) akan dikuat kuasakan di Sanglang, Arau berikutan peningkatan laporan kes Covid-19 di kawasan tersebut.

Sebelum ini, satu kes positif covid-19 dilaporkan di Kampung Tanah Timbul, Sanglang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata, hari ini pihaknya menerima maklumat tidak rasmi kemungkinan 10 orang ahli keluarga terdekat individu terbabit di Sanglang juga positif. 

Katanya, semua individu terbabit tinggal serumah dengan mangsa. 

“Jika ini benar, jumlah kes positif di Perlis akan meningkat kepada 30 kes. Sepuluh kes baharu ini akan disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini.

“Kerajaan negeri tidak boleh memandang ringan perkara ini kerana ia sangat bahaya dan kesannya amat serius. Penduduk di kawasan berkenaan harus bersedia jika langkah ini dilaksanakan,” katanya dalam status Facebook miliknya di sini hari ini.

Sementara itu, Azlan memberitahu, tidak mustahil Perlis akan masuk zon merah semula jika kes-kes positif semakin meningkat. 

Dalam masa sama, beliau turut merayu dan menyeru agar seluruh rakyat Perlis mematuhi sepenuhnya prosedur operasi standart (SOP) yang telah ditetapkan bagi mengelak keadaan menjadi lebih buruk.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan bahawa pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Thailand yang berada Pusat Koreksional, Guar Nangka adalah negatif Covid-19.

“Dua minggu lalu Perlis dikejutkan dengan berita seorang PATI rakyat Thailand yang sedang menunggu deportasi di Pusat Koreksional, Guar Nangka disyaki positif Covid-19. 

“Bagaimanapun setelah dilakukan saringan susulan yang lebih komprehensif, dia didapati negatif. Namun berita telah tersebar di seluruh negara yang menyebabkan Perlis dimasukkan ke zon kuning dari zon hijau,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya