Tangan budak tersangkut pada jeriji besi - Utusan Malaysia

Tangan budak tersangkut pada jeriji besi

Tangan seorang budak lelaki berusia tiga tahun yang tersangkut pada pagar jeriji besi ketika bermain di rumah keluarganya di Permas Jaya di sini hari ini. IHSAN/BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU : Seorang kanak-kanak  tiga tahun berdepan detik cemas seketika apabila tangan kanannya tersangkut pada pagar jeriji besi ketika bermain di rumah keluarganya di Permas Jaya di sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Noor Azhan Ahmad berkata, sejurus menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.15 pagi, pasukannya menghantar tujuh anggota.

“Sebaik tiba tangan kanan mangsa masih tersangkut pada pagar jeriji. Kejadian berlaku  ketika mangsa bermain.

“Anggota bomba berjaya menarik keluar tangan mangsa dan kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Noor Azhan berkata, mangsa kemudiannya diserahkan kepada keluarganya.

Bomba  menasihati  ibu bapa sentiasa berwaspada dan memerhatikan anak-anak ketika mereka  bermain bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya