Tak jaga solat: Bekas askar buat laporan polis terhadap Asri Janggut - Utusan Malaysia

Tak jaga solat: Bekas askar buat laporan polis terhadap Asri Janggut

ROSLEI KAMISAN menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya di Balai Polis Seremban 2, Seremban, hari ini. - UTUSAN/SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang pesara tentera membuat laporan polis berhubung kenyataan pemilik Hot Burger Malaysia, Mohd. Asri Hamid yang mendakwa kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat. 

Roslei Kamisan, 60, berkata, kenyataan kontroversi Mohd Asri, 42 atau Asri Janggut itu umpama satu penghinaan terhadap anggota polis dan tentera termasuk mereka yang pernah berkhidmat dengan kedua-dua pasukan berkenaan. 

“Sebagai anggota tentera, kami bernaung di bawah panji Yang di-Pertuan Agong dan kenyataan Mohd. Asri itu secara tidak langsung satu penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong yang juga ketua agama Islam negara.

“Saya membuat laporan kerana mahu polis menyiasat motif Mohd. Asri mengeluarkan kenyataan itu dan percaya ada pihak lain yang berada di belakangnya,” katanya di Balai Polis Seremban 2 dekat sini hari ini. 

Menurutnya, permohonan maaf dibuat Mohd. Asri tidak lama selepas mengeluarkan kenyataan itu tidak boleh diterima dan dia mahu satu tindakan tegas diambil terhadap ahli perniagaan berkenaan.

Mohd. Asri sebelum ini dianggap  wira selepas membuat video yang mendedahkan aktiviti penjualan rokok seludup oleh warga asing dan operasi kedai judi di Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor.

Dalam video berkenaan, Mohd Asri mempersoalkan tindakan pihak berkuasa termasuk polis yang didakwanya melindungi aktiviti haram berkenaan.

Bagaimanapun, beberapa hari selepas itu, Asri Janggut dalam satu temu bual sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila menuduh kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat mereka. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya