Tahap pematuhan SOP di sekolah memuaskan - Utusan Malaysia

Tahap pematuhan SOP di sekolah memuaskan

DR. MOHD. RADZI MD. JIDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Kementerian Pendidikan berpuas hati dengan tahap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan pelajar sekolah bagi mencegah jangkitan Covid-19.

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd Radzi Md. Jidin berkata, berdasarkan penilaiannya, pematuhan SOP di sekolah sudah menjadi kebiasaan, umpamanya ketika pelajar ke kantin.

Katanya, beliau telah meninjau tahap pematuhan SOP yang ditetapkan oleh kementerian ketika melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trolak Selatan, SMK Slim River dan Kolej Vokasional Slim di sini hari ini.

“Saya lihat pematuhan SOP sudah menjadi kebiasaan bagi pelajar. Apabila ke kantin, pelajar beratur dengan penjarakan sosial yang jelas.

“Dalam sekolah, pematuhan SOP berada dalam keadaan cukup baik. Saya mohon kepada ibu bapa, beri keyakinan kepada kementerian. Jika berlaku apa-apa, kita akan lakukan terbaik berdasarkan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan,” katanya ketika mengadakan program tinjauan mesra berjumpa pengundi di Bandar Baru, Slim River dekat sini hari ini.

Dalam program itu, beliau mengunjungi pasangan suami isteri bekas guru, Che Rosnah Zainol, 60, Mohd. Nadzri Mohd. Nadzir, 62.

Menurut Mohd. Radzi, kementerian mempunyai garis panduan yang lengkap berkaitan SOP pencegahan jangkitan Covid-19 dalam kalangan pelajar.

Beliau berkata, setakat ini pihak sekolah mematuhi garis panduan itu.

“Sekiranya terdapat kes-kes tertentu, kita akan berbincang dengan pusat kesihatan daerah dan Kementerian Kesihatan untuk melihat apakah kaedah yang paling baik.

“Setelah mengadakan perbincangan, sekiranya dinasihatkan terdapat keperluan untuk menutup sekolah-sekolah tertentu sebagai contoh, maka kita akan ambil pendekatan sedemikian,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya