Suspek jerut leher isteri disambung reman 6 hari - Utusan Malaysia

Suspek jerut leher isteri disambung reman 6 hari

SUSPEK (berbaju ungu) disambung reman enam hari oleh Mahkamah Majistret Sepang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Seorang lelaki yang ditahan selepas dipercayai menjerut leher isterinya sehingga mati disambung  reman selama enam hari  bermula esok sehingga 12 Ogos ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Sepang, Ayuni Izzaty Sulaiman yang membenarkan tertuduh menjalani perintah reman tersebut bagi membantu pihak polis melengkapkan siasatan.

Suspek, 41, yang merupakan sukarelawan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan aktif dalam sebuah parti politik dibawa keluar dari Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10 pagi.

Suspek yang berbaju ungu kemudian dibawa menaiki van polis keluar dari pekarangan mahkamah menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Madya Dr. Maizatulnisa Othman, 40, ditemui mati selepas dipercayai dibunuh suaminya di dalam kereta di Taman Mas, Putra Perdana dekat sini pada 29 Julai lalu.

Suspek kemudian dipercayai membawa mayat mangsa ke sebuah tasik di Pinggiran Cyberjaya dan meninggalkan wanita itu dalam kereta dengan keadaan enjin dihidupkan.

Suspek turut mengaku memecahkan telefon bimbit mangsa dan membuangnya ke dalam tasik di Taman Putra Perdana. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya