SPRM nafi keluar kenyataan siasat rasuah PRK Slim - Utusan Malaysia

SPRM nafi keluar kenyataan siasat rasuah PRK Slim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan satu kenyataan media berhubung siasatan pemberian wang sogokan PRK N58 Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang didakwa dikeluarkan agensi itu.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan media bertajuk ‘SPRM siasat pemberian wang sogokan Pilihan Raya Kecil (PRK) N58 DUN Slim’ berkaitan siasatan video tular pemberian wang sogokan.

“Bagaimanapun, SPRM memohon semua pihak yang mempunyai maklumat berkaitan rasuah atau apa-apa salah laku di PRK DUN Slim menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak kami atau Polis Diraja Malaysia,” katanya.

Semalam, tular kenyataan media berhubung siasatan dijalankan SPRM mengenai pemberian wang sogokan PRK N58 DUN Slim serta mengesahkan telah menerima video penawaran pemberian rasuah daripada peraih untuk bakal pengundi.

Dalam kenyataan itu juga, SPRM didakwa sedang mengesan dan menyiasat individu dalam video yang menawarkan sejumlah wang tertentu bagi pengundi Melayu dan bukan Melayu.

Malah, kenyataan itu mendakwa SPRM menggesa mana-mana pihak yang mempunyai maklumat diminta melaporkan kepada agensi berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN