Sindiket migrain Geng Barath dikesan - Utusan Malaysia

Sindiket migrain Geng Barath dikesan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

KOTA TINGGI: Sindiket penyeludupan migrain dikenali sebagai Geng Barath yang aktif di daerah ini akhirnya berjaya dikesan polis menerusi penangkapan tiga tekong warga tempatan semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, tiga tekong yang berusia 27 hingga 35 tahun itu ditangkap dalam operasi serbuan dilakukan di tepi jalan hutan di Bandar Penawar di sini.

Jelasnya, dalam tangkapan pada pukul 8 malam itu turut berjaya menahan sembilan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia berusia lingkungan 22 hingga 44 tahun yang bersembunyi di dalam hutan tersebut. 

“Tangkapan ini terlibat dalam penyeludupan migrain yang membawa masuk dan keluar rakyat Indonesia ke Malaysia. 

“Semasa serbuan, polis turut merampas sebuah lori jenis Hino dipercayai membawa migrain ke kawasan tersebut. Selain itu, turut dirampas 17 telefon bimbit pelbagai jenama,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Hussin berkata, tiga tekong itu direman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan Langkah-langkah Khas (SOSMA) 2012 selama 28 hari sehingga 14 September ini.

Manakala kesemua tangkapan migrain terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita itu pula akan direman 14 hari sehingga 31 Ogos ini. 

“Semua tangkapan disiasat di bawah peruntukkan undang-undang Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migrain (ATIPSOM) 2007, jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih tempoh 15 tahun dan boleh dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. 

“Mereka turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 jika sabit kesalahan boleh dihukum denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan sebatan tidak lebih enam sebatan,”katanya lagi. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya