Sindiket guna bot nelayan seludup PATI tumpas - Utusan Malaysia

Sindiket guna bot nelayan seludup PATI tumpas

Muhammad Abdul Halim (depan) menunjukkan bot nelayan seludup PATI yang dirampas dalam Op Benteng.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Menyamar sebagai awak-awak dengan mengikuti penangkapan ikan selama lapan jam sebelum didaratkan di jeti.

Malah, menukar taktik membawa pendatang asing tanpa izin (PATI)daripada bot pancung kepada bot nelayan bagi mengaburi pihak berkuasa.

Namun, tindakan sindiket menyeludup PATI itu menggunakan bot nelayan itu gagal apabila kegiatan mereka dikesan dalam serbuan Op Benteng di Perairan Sekinchan di sini, Rabu lalu.

Dalam tangkapan itu, 28 PATI termasuk tujuh daripadanya bertindak sebagai tekong laut warga Indonesia dan Myanmar yang kesemuanya berusia 20 hingga 50-an berjaya ditahan.

Turut dirampas dalam serbuan bermula pukul 12 tengah malam ialah tujuh buah bot nelayan tempatan bernilai RM4.2 juta.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Bridged Tengah, Senior Asisten Komisioner Muhammad Abdul Halim berkata, operasi tersebut disertai 73 anggota termasuk pegawai melibatkan Bridged Tengah PGA, Pasukan Polis Marin Wilayah 1 Pelabuhan Klang dan Jabatan Siasatan Jenayah D3 Bukit Aman.

“Kejayaan ini adalah hasil maklumat risikan dilakukan pihaknya susulan penahanan 51 PATI sebelum ini di sekitar kawasan Sekinchan, Sabak Bernam.

“Modus operandi sindiket ialah menggunakan bot nelayan di kawasan Jeti Bagan Sekinchan bergerak ke perairan sempadan antarabangsa sebelum membawa sejumlah PATI.

“Tekong laut tersebut akan mendapat bayaran di antara RM800 hingga RM1,000 bagi seorang PATI.

“Mereka menukar daripada bot pancung kepada bot nelayan bagi menyeludup lebih ramai PATI selain pemeriksaan yang ketat terhadap bot pancung sebelum ini.

“Bot-bot nelayan daripada kelas B dan C ini juga beroperasi di Perairan Selat Melaka juga memudahkan proses menyelinap masuk PATI ke sepanjang perairan Selangor,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Mengulas lanjut, Muhammad berkata, berdasarkan pemeriksaan, lima juragan warga Indonesia dan dua warga Myanmar yang bertindak sebagai tekong itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri sah telah digaji oleh pemilik bot itu.

“Buat masa ini, kita sedang mengesan kesemua pemilik bot tempatan yang berdaftar itu. Kesemua PATI dan bot yang dirampas dibawa ke Ibu Pejabat Polis Sabak Bernam untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (Sosma) dan Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007,”  katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya